Abu Bakar Mohamad Diah (dua dari kanan) menunjukkan tanda bagus bersama Raja Teh Maimunah dan Tan Kong Khoon (kanan) pada majlis pelancaran cawangan baru Hong Leong Islamic Bank di Cyberjaya, semalam. – utusan/Zaki Amiruddin

CYBERJAYA 15 Jan. – Hong Leong Islamic Bank Bhd. (HLISB) yang merupakan sayap perbankan Islam Hong Leong Bank Bhd. (HLB) membuka cawangannya yang pertama menggunakan konsep perbankan digital di Cyberjaya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, cawangan baharu yang beroperasi selama 12 jam bermula pukul 10 pagi setiap hari memberi peluang kepada pelanggan menggunakan perbankan digitalnya secara meluas.

Beliau berkata, menerusi per­khidmatan yang disediakan setiap pelanggan boleh menikmati perbankan yang bukan sahaja cekap malah ringkas, pantas dan dinamik.

“Di cawangan ini pelanggan boleh membuka akaun bank tanpa perlu mengisi borang sebaliknya hanya menggunakan kad pengenalan. Pelanggan juga akan merasai pengalaman menggunakan pelbagai produk digital dan elektronik seperti kemudahan skrin sentuh, iPads serta persidangan video,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran cawangan konsep baharu HLISB di di pusat beli-belah D’Pulze, Cyberjaya di sini hari ini. Yang hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HLB, Tan Kong Khoon.

Raja Teh Maimunah berkata, cawangan baharu itu merupakan cawangan HLISB yang kesembilan di seluruh negara dan pihaknya bercadang membuka sebuah lagi konsep perbankan digital dalam suku kedua tahun ini di Lembah Klang.

Beliau berkata, fokus pihaknya pada masa sekarang ialah membuka cawangan-cawangan baharu yang menggunakan konsep tersebut sepenuhnya manakala, sistem di cawangan sedia ada akan ditukar secara berperingkat.

Pada masa sama, Raja Teh Maimunah berkata, HLISB erupakan perbankan Islam pertama yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang secara mudah alih menerusi Hong Leong Connect dengan menggunakan pelbagai platform dan peranti, perbankan atas talian, telefon mudah alih dan tablet.

Katanya, menerusi ciri utama Hong Leong Connect iaitu PEx (pembayaran ekspres) pelanggan bank tersebut boleh menggunakan aplikasi Connect untuk mengirim wang kepada sesiapa sahaja menerusi nombor telefon bimbit mereka dengan mudah dan pantas.

Source : Utusan Online
16 Januari 2015 12:39 AM

SHARE
Previous articleXiamen University Campus to help M’sia become world class education hub
Next articleMCT Consortium set to launch RM3.6b affordable residential projects
As one of the premier cyber cities in the region, more than 700 companies, including over 30 multinational corporations, have chosen Cyberjaya as the preferred location to operate their businesses. With the current 16 established property developers vying to invest more than RM20bil in Cyberjaya by 2016, there will be more than 28,000 residential units with an expected population of 100,000 by then. The opening of Cyberjaya's first neighbourhood mall, D'Pulze Shopping Centre and IOI City Mall Putrajaya will serve as a catalyst to boost Cyberjaya to the next growth tier. Coupled with completion of various residential developments, Cyberjaya will see population expansion soon. Other catalysts would involve the upcoming Cyberjaya City Centre, Xiamen University Malaysia Campus, the Maju Expressway extension through Cyberjaya and the Sungai Buloh-Kajang-Putrajaya MRT 2 extension. If you are seeking investment opportunities, Cyberjaya should be in your checklist. Call 016-7737036 for more information.